Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu :
· Ketuhanan Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
· Kemasyarakatan Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
· Kendiri Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.
Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu :



Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu. FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-21.
No comments:
Post a Comment